Pengenalan
 |
Glukosa atau gula
 |
Makanan
yang kita ambil, terutamanya karbohidrat seperti nasi dan sebagainya,
akan dicerna di dalam sistem badan kita dan proses ini akan menghasilkan
glukosa. Glukosa boleh diserap oleh badan kerana saiznya yang kecil
berbanding saiz karbohidrat yang besar. Glukosa adalah sumber utama
tenaga kita.
|
|
 |
Insulin
 |
Insulin
adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel beta di pankreas. Ia
berfungsi mengawal kandungan gula (glukosa) di dalam badan kita.
Sekiranya kandungan gula tinggi, badan akan menghasilkan insulin yang
lebih banyak. Insulin kemudiannya akan membantu menurunkan kandungan
gula di dalam darah. Insulin juga penting dalam metabolisma dan
penyimpanan protin dan lemak, selain daripada karbohidrat.
|
|
Kencing
manis
Berbeza dengan orang yang sihat, seorang pesakit kencing manis akan mengalami
dua jenis keadaan iaitu:
 |
kekurangan
insulin.
|
 |
insulin
resistance.
|
Bagaimana ia bermula ?
Diabetes mungkin atau mungkin tidak disebabkan oleh
keturunan. Bagaimanapun ada beberapa keadaan di mana penyakit ini lebih mudah
menyerang, seperti berat badan berlebihan, cara hidup yang tidak sihat,
mengandung dan sebagainya.
Jenis-jenis
kencing manis
Ada dua jenis
kencing manis iaitu:
 |
Type I
 |
badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi
untuk mengawal kandungan gula yang meningkat. Kencing manis ini juga
dikenali sebagai
Juvenile-onset diabetes kerana ia selalunya bermula pada usia muda (juvenile).
Ia juga dikenali sebagai Insulin-Dependant
Diabetes Mellitus (IDDM). Pesakit jenis ini selalunya perlu mengambil
suntikan insulin sepanjang hayatnya.
|
|
 |
Type II
 |
kencing manis jenis ini juga dikenali
sebagai mature-onset diabetes atau Non-Insulin Dependant Diabetes
Mellitus (NIDDM). Jenis ini adalah jenis yang lebih biasa berlaku. Ia
disebabkan oleh kekurangan insulin dan juga insulin resistance (Sila
lihat di atas). Pesakit jenis ini perlu mengambil ubat atau juga
insulin. Di samping itu, mereka juga harus lebih berjaga-jaga dengan
pemakanan mereka.
|
|
Perbezaan
secara ringkas kedua-dua jenis ini adalah seperti di dalam carta di
bawah :
|
Type I (IDDM) |
Type II (NIDDM) |
|
Bermula pada usia muda, sehingga lebih
kurang 16 tahun |
Bermula lewat, selalunya melebihi 35
tahun |
|
Bermula dengan cepat bila pengeluaran
insulin dari pankreas berhenti |
Bermula secara perlahan-lahan (kronik) |
|
Bukan secara keturunan. Mungkin
disebabkan jangkitan |
Penyakit keturunan |
|
Pesakit tidak semestinya gemuk |
Selalunya pesakit adalah orang yang
gemuk |
|
Memerlukan suntikan insulin di samping
penjagaan diet |
Memerlukan ubat jenis makan dan juga
penjagaan diet. Sekiranya ubat tidak lagi berkesan, insulin diperlukan |
Tanda-tanda
Ada pesakit kencing manis yang tidak merasa
tanda-tanda. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku ialah:
 |
selalu kencing, terutamanya waktu malam.
|
 |
dahaga yang keterlaluan.
|
 |
lapar, oleh itu selera makan naik.
|
 |
penurunan berat badan walaupun ada peningkatan
selera makan.
|
 |
rasa lemah badan.
|
 |
pening dan muntah.
|
 |
luka lambat sembuh.
|
 |
mudak terkena jangkitan kulit.
|
 |
kebas kaki dan tangan.
|
 |
pemandangan menjadi kabur.
|
Bolehkah ia disembuhkan ?
Tidak. Hanya kawalan pada pemakanan, senaman yang kerap,
pengambilan ubat konventional atau alternatif secara teratur akan membolehkan komplikasi yang sering berlaku
seperti kerosakan buah pinggang, sakit jantung dan buta dapat dielakkan atau
dilambatkan.
Mengandung
Selain daripada jenis-jenis di atas, orang yang
mengandung juga boleh mengalami kencing manis (gestational diabetic). Selalunya
ia bersifat sementara sahaja dan akan hilang bila anak dilahirkan. Ibu-ibu yang
mengalami kencing manis jenis ini hendaklah menjaga pemakanan mereka. Ada juga
yang memerlukan pengambilan insulin.
Komplikasi-komplikasi
akibat sakit kencing manis
Sekiranya tidak ditangani dengan betul, kencing
manis boleh menyebabkan masalah-masalah yang lebih teruk lagi. Masalah-masalah
ini selalunya berlaku secara perlahan-lahan, oleh itu pemeriksaan berjadual
adalah sangat-sangat digalakkan.
 |
|
 |
penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung,
stroke dan kerosakan buah pinggang.
|
 |
masalah mata seperti menjadi buta, cataracts
dsb.
|
 |
luka menjadi lambat sembuh dan boleh menyebabkan gangrene (tisu mati) di
bahagian (selalunya) jari kaki dan kaki. Sekiranya ini berlaku ia perlu
dipotong.
|
 |
Jangkitan kuman senang berlaku. Bagi wanita selalu berlaku jangkitan
pada alat sulit.
|
 |
Kebas kerana kerosakan pada saraf.
|
Apa yang harus
dilakukan sekiranya pesakit didapati menghidap penyakit ini ?
 |
Pengambilan ubat-ubatan. Sila rujuk kepada doktor sebelum mengambil apa-apa
ubat:
|
Ubat-ubatan konvensional : Ubat yang ada dipasaran
adalah seperti Amaryl, Avandia, Daonil (glibenclamide), metformin (Glucophage),
acarbose, Diamicron dsb. Jenama yang lebih baru seperti Diamicron, Amaryl dan
Avandia adalah lebih berkesan. Kami tidak akan menghuraikan secara detail
ubat-ubat ini. Setiap pesakit perlu membuat pemeriksaan sebelum mula mengambil
ubat-ubatan tersebut. Sila dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau ahli
farmasi yang berhampiran pesakit berkenaan ubat-ubat ini.
Insulin. Insulin selalunya digunakan oleh pesakit
Type I. Pesakit Type II juga ada yang menggunakan insulin sekiranya ubat-ubatan
yang diambil tidak lagi berkesan. Insulin hanya ada dalam bentuk suntikan kerana
ia dicerna oleh sistem perhadaman kira sekiranya di ambil melalui mulut. Ada 3
jenis insulin utama iaitu short-acting, medium acting dan long acting. Setiap
individu mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis setiap hari.
 |
Makanan tambahan dan herba
|
Antara makanan
tambahan yang boleh dicuba ialah seperti yang dinyatakan di bawah.
Bagaimanapun adalah penting untuk pesakit sentiasa mengawasi dan memeriksa
kandungan gula di dalam darah mereka. Ubat biasa pula tidak boleh
diberhentikan secara mendadak semasa mengambil herba-herba ini.
Persediaan herba
seperti peria katak dsb. Ramai pelanggan kami yang menggunakannya dan
mendapati herba-herba ini membantu mengawal kadar gula dalam darah mereka,
sehinggakan ada di antara mereka yang tidak lagi perlu mengambil ubat biasa.
Gymnema. Herba ini
sangat bagus sebagai 'penapis' gula. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan ia
seperti Chitosan yang menapis lemak. Ambil herba ini (ada dalam bentuk teh)
sebelum pengambilan makanan bergula dan gula tidak diserap dalam badan. Boleh
didapati dikebanyakan farmasi.
Chromium. Chromium
memainkan peranan penting dalam glucose tolerance factor (GTF). Pesakit juga
boleh mengambil brewers yeast yang banyak mengandungi chromium.
Pesakit diabetik
menghadapi risiko kerosakan saraf seperti kerosakan saraf mata. Ambil vitamin
yang baik untuk saraf terutamanya B1, B6 dan B12.
 |
Pemakanan harian yang lain
Pengawalan pemakanan adalah perkara penting dalam
pengendalian kencing manis. Pesakit perlulah:
 |
Makan makanan yang seimbang. Spirulina adalah produk yang baik untuk tujuan ini.
|
 |
Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan
serat.
|
 |
Pengambilan makanan secara tetap, contohnya
tiga kali sehari.
|
 |
Cuba mengurangkan berat badan untuk mencapai
berat ideal. (Sila rujuk kepada rencana kami sebelum ini untuk menentukan
berat ideal
|
 |
Karbohidrat ringkas
hendaklah dijauhkan. Ini
termasuklah gula (putih dan merah), glukosa (seperti Glucolin, dsb) dan
madu. Antara contoh-contoh lain yang perlu pesakit jauhi ialah coklet, ais
krim, minuman yang bergula seperti Milo, teh tarik, Coca Cola, Pepsi, dsb.,
air tebu, cendol, ais kacang, dan sebagainya.
|
 |
Karbohidrat yang kompleks
boleh diambil secara
sederhana. Makanan jenis ini lebih lambat dicerna oleh badan, oleh itu ia
tidak menyebabkan kenaikan kadar gula yang mendadak di dalam darah. Ini
termasuklah nasi, kentang, jagung, kekacang, capati, thosai, oat, mi, roti
wholemeal dan sebagainya.
|
 |
Karbohidrat asli
iaitu buah-buahan dan susu perlu juga diambil secara
sederhana.
Semua buah mengandungi gula, oleh itu pengambilannya
hendaklah juga dihadkan. Begitu juga, jus buah-buahan walaupun ia tidak
ditambah dengan gula, haruslah tidak diambil berlebihan. Susu pula
mengandungi gula asli di dalamnya. Pengambilannya hendaklah tidak melebihi
lebih kurang 240ml sehari.
|
 |
Amalkan pengambilan pengganti gula seperti jenama Equal, Lo-cal,
Nutra-Sweet, Pal-Sweet dsb. Ia mengandungi kalori yang lebih rendah daripada
gula biasa. Kini terdapat jem buah-buahan yang tidak mengandungi gula. Begitu
juga, kini terdapat susu khusus untuk orang yang menghadapi masalah kencing
manis.
|
 |
Ambil lebih vitamin C dan Zink.
|
 |
Pengambilan
gamat (tanpa gula) untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
|
 |
Makanan yang boleh diambil tanpa had termasuklah:
 |
Cecair - air kosong, kopi atau teh tanpa gula,
dsb.
|
 |
Tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran.
|
 |
Herba seperti cili, lada, cuka, dsb.
|
|
|
 |
Senaman
|
Senaman yang kerap dan berterusan selama lebih
kurang 30 minit tiga atau empat kali seminggu boleh membantu pesakit kencing
manis. Lagipun, pesakit yang mempunyai berat badan yang tinggi boleh menurunkan
berat badan mereka dengan senaman yang teratur.
Bagaimanpun, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan
nasihat dari doktor pesakit terlebih dahulu, terutamanya kepada pesakit Type I,
yang mungkin perlu menukarkan dos pengambilan insulin harian mereka.
 |
Penjagaan
diri
 |
Mata. Pesakit kencing manis perlulah menjalani
pemeriksaan mata mereka pada masa-masa yang telah ditetapkan. Pesakit kencing
manis kerap merasai kabur penglihatan. Ini adalah tanda bahawa kawalan gula di
dalam darah mereka tidak baik. Sekiranya ia berterusan, ada kemungkinan
berlakunya kerosakan kepada lensa mata dan ini akan menyebabkan diabetic
cataract. Pengambilan vitamin B1+B6+B12 secara berterusan perlu diamalkan.
|
 |
Kulit. Penjagaan kulit hendaklah dititikberatkan. Luka,
walaupun sedikit perlukan rawatan segera. Sekiranya tidak, dikhuatiri ia akan
melarat dan menyebabkan gangrene (kulit menjadi buruk dan hitam)
terutamanya di bahagian kaki. Penjagaan kaki hendaklah juga dititikberatkan.
Pesakit yang lebih tua selalunya mempunyai pengaliran darah ke bahagian kaki
yang lebih buruk berbanding orang muda. Jangkitan kuman lebih mudah berlaku.
|
 |
Gigi.
Seperti kulit juga, sedikit sahaja luka di dalam
bahagian mulut boleh menyebabkan jangkitan kuman, dan ini boleh membahayakan.
Pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan gigi setiap enam bulan sekali.
|
|
 |
Pemerhatian
kandungan gula di dalam darah
Pesakit
kencing manis perlu sentiasa membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam
darah mereka. Ini dapat dilakukan di klinik, farmasi (RM 5.00 sekali check)
ataupun dirumah. Bagaimanapun anda perlu membeli alatnya terlebih dahulu.
Sila rujuk kepada carta kandungan gula yang ideal seperti di bawah ini.
|
Selain daripada memeriksa kandungan gula di dalam darah, anda juga boleh
membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam air kencing. Bagaimanapun ia
tidaklah setepat ujian darah.
|
Masa ujian dibuat |
Tahap ideal (darah) |
Tahap baik (darah) |
|
Berpuasa - contohnya pagi sebelum sarapan |
3.5 – 5.5mmol/l |
4.4 – 6.7mmol/l |
|
2 – 4 jam selepas makan |
5.5 – 6.7mmol/l |
6.7 – 7.8mmol/l |
Untuk menukar mmol/l ke mg/dl gunakan formula di bawah:
18.01 x mmol = mg/dl
Pesakit
kencing manis yang tidak mengambil ubat mempunyai bacaan gula melebihi
11mmol/l semasa waktu berpuasa.
Perkara-perkara berkaitan dengan
kencing manis
Hypoglycaemia (Hypo = rendah, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)
Keadaan ini berlaku bila terlalu banyak insulin
di dalam badan menyebabkan kandungan gula di dalam darah menurun ke paras yang
lebih bawah daripada normal. Keadaan ini juga dikenali sebagai "Insulin
Shock".
Ia boleh berlaku disebabkan pemberian ubatan yang
melebihi dos yang diperlukan, umpamanya pada waktu awal-awal pemberian ubat
kerana doktor pesakit masih belum boleh menentukan secara pasti dos yang perlu
diberi. Ia juga boleh berlaku bila:
 |
berlakunya pertambahan dalam aktivit yang
berbentuk fizikal, yang tidak disertakan dengan penambahan makanan atau
pengurangan insulin.
|
 |
pesakit makan sedikit daripada biasa, dan
tidak disertakan dengan pengurangan insulin yang diambil atau pengurangan
aktiviti fizikal.
|
 |
terlebih ambil insulin.
|
 |
lambat atau tidak makan.
|
 |
mengambil alkohol berlebihan.
|
Sekiranya ini berlaku, pesakit boleh pengsan. Ia
perlukan rawatan serta merta. Selalunya pesakit kencing manis boleh mengetahui
bila kandungan gula di dalam badan mereka rendah. Antara tanda-tandanya ialah:
 |
berpeluh (sejuk).
|
 |
tangan menggeletar (trembling).
|
 |
rasa lapar.
|
 |
penat.
|
 |
pening.
|
 |
degupan jantung bertambah.
|
 |
rasa keliru (confused) dan 'moody'.
|
Sekiranya ini berlaku, pesakit perlu menambah
kandungan gula di dalam darah pesakit secepat mungkin. Ambil makanan atau
minuman yang mengandungi glukosa atau gula secepat mungkin. Selepas itu,
pesakit perlu menambah pengambilan karbohidrat seperti susu, biskut, dsb.
Pesakit kencing manis perlu sentiasa beringat dan membawa bekalan gula glukosa
dan makanan supaya keadaan ini dapat diatasi segera.
Hyperglycaemia (Hyper = tinggi, glyc = glukosa atau
gula, aemia = darah)
Kandungan gula di dalam darah menjadi tinggi
daripada normal kerana beberapa sebab, antaranya:
 |
tidak mengambil ubat atau insulin seperti
sepatutnya.
|
 |
makan berlebihan.
|
 |
kurang bersenam.
|
 |
tidak merasa sihat (seperti demam, perubahan
hormon, dsb).
|
Bila ini berlaku, pesakit akan merasa:
 |
dahaga yang sangat kuat.
|
 |
lapar yang datang tiba-tiba.
|
 |
selalu kencing, lebih-lebih lagi waktu malam.
|
 |
lemah badan.
|
 |
turun berat badan.
|
 |
penglihatan kabur.
|
 |
jangkitan kulit mudah berlaku.
|
 |
kulit kering.
|
 |
rasa kebas-kebas atau sakit pada kaki atau
tangan.
|
Diabetic ketoacidosis
Sekiranya kawalan gula badan pesakit tidak baik,
sel-sel badan tidak boleh lagi menggunakan glukosa dari dalam darah. Bila ini
berlaku, sel-sel lemak (fat cells) akan dipecahkan oleh badan pesakit sebagai
sumber tenaga pesakit.
Dalam proses pemecahan lemak ini, ketone akan
dikeluarkan terutamanya di dalam air kencing. Bila ini berterusan, pesakit
akan merasa:
 |
kencing yang sangat kerap.
|
 |
dahaga yang sangat kuat.
|
 |
pening kepala, muntah dan sakit perut.
|
 |
pernafasan yang dalam. Nafas pesakit berbau
seperti buah-buahan (bau ketone).
|
 |
kekeliruan berlaku (confusion).
|
Sekiranya tidak dirawat, ketone akan berkumpul
dan menjadi tinggi kandungannya. Darah akan menjadi asid dan ini merosakkan
tisu-tisu badan. Kematian boleh berlaku. Silalah dapatkan rawatan segera
sekiranya pesakit merasa 'tidak sedap badan'.
Insulin
Resistance (IR)
IR
bermakna respons biology yang menurun terhadap insulin
yang ada di dalam darah.
Akibatnya
:
 |
sel-sel
otot dan sel-sel lemak tidak berupaya menggunakan glukosa.
|
 |
hati
(liver) pula akan menambah pengeluaran glukosa yang mengakibatkan kencing
manis.
|
Bila
berlakunya IR, badan akan mula menambah pengeluaran insulin dari pankreas.
Akhirnya pankreas tidak lagi berupaya mengeluarkan insulin yang cukup. Dengan
itu glukosa tidak akan dapat di”metabolisma”kan dengan betul. Kesudahannya
kandungan gula (glukosa) dalam darah akan sentiasa tinggi.
Insulin
juga mengawal kandungan Free Fatty Acid (FFA) dalam darah. Bila kandungan
insulin tidak menentu, kandungan FFA juga bertukar. Selalunya pesakit kencing
manis mempunyai kandungan FFA yang tinggi. Kandungan FFA yang tinggi pula
mengakibatkan hati (liver) mengeluarkan lebih banyak glukosa.
Dua
faktor utama penyebab IR, yang menyebabkan kencing manis.
 |
faktor
genetik.
|
 |
faktor
persekitaran :
|
 |
bermula
sejak lahir, seperti berat badan semasa lahir yang rendah, dan
pemakanan yang tidak baik
|
 |
bermula
lewat, seperti cara hidup yang tidak aktif, pemakanan yang buruk
(kalori tinggi, banyak lemak, dsb), dan juga proses biasa penuaan.
|
|
Puasa
Pesakit kencing manis yang tidak teruk boleh berpuasa seperti biasa. Sedikit
penyesuaian mungkin diperlukan. Sila rujuk dengan doktor anda sekiranya anda
rasa anda perlu menukar cara pemakanan anda. Di bawah ini adalah contoh
kehidupan seharian pesakit kencing manis semasa bulan Ramadan.
Masa
|
Perkara |
|
Sahur |
1 - Makan ubat |
|
2 - Makan sahur |
Buka puasa |
1 - Buka puasa dengan mengambil makanan atau
minuman |
|
2 - Makan ubat |
|
3 - Solat maghrib |
|
4 - Makanan berat |
CUBA TONIK BORA MUSTAJAB
INSYA ALLAH BERJAYA KURANGKAN BACAAN GULA DALAM DARAH ANDA
TANPA
BERPANTANG
HUBUNGI SYAFIQ 0105325745