Assalamualaikum. Saya xxxxxx dan
saya baru mendapat cahaya mata yang pertama. Anak saya baru berumur 2 tahun dan telah dikenalpasti oleh pihak hospital mengalami masalah
jantung berlubang. Lubang itu hanya 2 millimetre (mm) di antara dinding
kanan dan kiri di bahagian bawah jantung. Setiap kali anak saya
menangis, kuku jari kakinya menjadi biru. Pihak hospital mencadangkan
pembedahan. Sebelum saya membuat keputusan untuk anak saya dibedah, saya
ingin bertanya bolehkah saya mencuba rawatan Al-Quran untuk
menyembuhkan penyakit anak saya ini? Terima kasih.
Jawapan:
Untuk
kita memahami masalah penyakit jantung berlubang, biarlah saya
terangkan dahulu secara umum berkenaan dengan organ jantung kita.
Jantung merupakan organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan. Ia
dibahagikan kepada 4 ruang berongga. Terdapat dinding yang memisahkan
antara ruang kanan dan ruang kiri yang dipanggil septum. Setiap bahagian
mempunyai 2 ruang dikenali sebagai atrium di bahagian atas dan 2 ruang
dipanggil ventrikel di bahagian bawah.
Dinding
septum mengasingkan darah dari bahagian kanan dan kiri jantung dari
bercampur. Ini penting kerana darah di sebelah kiri kaya dengan oksigen
sementara darah di ruang sebelah kanan pula kurang oksigen. Jika
terdapat lubang pada dinding septum, ini akan menyebabkan darah
bercampur, dan darah yang dihantarkan kepada badan akan mempunyai
oksigen yang kurang dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Berbalik
kepada sakit yang dialami oleh bayi En Azhari, bayi itu mungkin
mengalami penyakit jantung berlubang (Ventricular Septal Defect – VSD),
atau secara amnya CHD (Congenital Heart Disease). Masalah ini berlaku
apabila terdapat lubang atau kecacatan pada struktur jantung iaitu pada
dinding dalaman jantung.
Banyak jenis
kerosakan jantung berlaku, kebanyakannya sama ada menghalang aliran
darah dalam jantung atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada
arah yang berlawanan. Antara kecacatan pada organ jantung yang mungkin
boleh berlaku adalah:
- Kecacatan atau lubang pada dinding jantung
- Injap jantung bocor atau tersumbat
- Terdapat hanya satu ventrikel sahaja
- Saluran darah yang bersambung secara abnormal
- Jantung terletak di bahagian kanan dada
Jenis Penyakit Jantung Berlubang
Secara umumnya, penyakit jantung berlubang terbahagi kepada 2 jenis iaitu VSD dan ASD seperti dibawah:
ASD (Atrial Septal Defect)
Satu
keadaan di mana terdapat lubang antara atrium, menyebabkan oksigen dari
bahagian kiri jantung masuk semula ke bahagian kanan. Oleh itu bilik
jantung bahagian kanan terpaksa mengepam dengan lebih kuat yang
mengakibatkan ia bengkak. Apabila pengaliran darah ke paru-paru menjadi
bengkak, tekanannya meningkat dan merosakkan paru-paru. Ia juga dikenali
sebagai sakit jantung tidak biru (acyanostic congenital heart
diseases).
VSD (Ventricular Septal Defect)
Dikenali
juga sebagai sakit jantung biru (cynostic congenital heart disease).
Biasanya berlaku dikalangan bayi apabila terdapat lubang pada dinding
(septum) bahagian bawah yang menyebabkan darah yang mengandungi oksigen
dari bahagian kiri masuk ke bahagian kanan. Darah yang berlebihan ini
kemudiannya dipam semula ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan
kerosakkan pada paru-paru dan jantung itu sendiri.
Statistik
Menurut
Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, satu dalam setiap 100 bayi yang
lahir di negara ini berkemungkinan mengalami masalah jantung. Dengan
purata 500,000 kelahiran setiap tahun, dianggarkan 5,000 bayi di
Malaysia berisiko menderita sakit jantung kongenital setiap tahun.
Dari jumlah ini:
- 8 - 13% menghidap septum atrium berlubang (ASD)
- 6 - 11% menghidap duktus arteriosus terbuka (PDA)
- 20 - 25% menghidap septum ventrikel berlubang (VSD)
Secara
global pula, insiden penyakit jantung kongenital di kalangan bayi yang
baru dilahirkan berlaku antara 4 hingga 9 bagi setiap 1,000 kelahiran.
Justeru setiap tahun, terdapat hingga 1.5 juta kes seluruh dunia.
Punca-punca
Dunia
perubatan moden masih tidak tahu mengapa kecacatan jantung kongenital
boleh berlaku. Keturunan mungkin memainkan peranan dalam beberapa
kecacatan jantung. Sebagai contoh, ibu bapa yang mempunyai kecacatan
jantung kongenital adalah lebih berisiko daripada orang lain untuk
mempunyai kanak-kanak dengan masalah ini.
Selain dari itu,
kanak-kanak dengan kecacatan genetik sering mempunyai kecacatan jantung
kongenital. Salah satu contoh ini adalah sindrom Down dimana separuh
daripada semua bayi dengan sindrom Down mempunyai kecacatan jantung
kongenital.
Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah
merawat anak-anak yang mengidap penyakit jantung berlubang, terdapat
kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya
gangguan saka yang boleh menyebabkan masalah genetik. Gangguan saka ini
selalunya diwarisi melalui keturunan daripada keluarga yang terdahulu di
mana makhluk-makhluk halus ini kadangkala boleh menjejaskan sel badan
pesakit.
Tanda-tanda awal Penyakit Jantung Berlubang
Kebanyakan
kes yang melibatkan kanak-kanak dapat dikesan sebaik kelahiran dan ada
yang tidak menunjukan sebarang tanda. Ini adalah bergantung pada saiz
lubang dan semakin besar lubang maka tanda-tanda akan menjadi lebih
jelas. Keadaan ini boleh mempunyai beberapa gejala, seperti di bawah:
- Pernafasan dan pergerakan nadi yang laju
- Berat badan yang tidak bertambah dan tidak sihat seperti kanak-kanak lain
- Kelainan pada degupan jantung atau denyutan jantung yang laju
- Tidak boleh menyusu, banyak berpeluh dan bernafas kencang
- Keletihan melampau atau bernafas kencang semasa makan/menyusu.
- Lebam-lebam biru pada kulit (sianosis).
Biasanya
lubang-lubang kecil dan sederhana akan tertutup dengan sendirinya,
namun begitu ada juga kes-kes kecacatan ringan yang tidak menyebabkan
apa-apa masalah dan sebarang tanda sehinggalah di kemudian hari. Bagi
orang dewasa yang mengalami rasa berdebar-debar (heart palpitation),
iaitu degupan jantung menjadi kuat atau cepat tanpa sebab bukan kerana
takut, penat, marah atau sebagainya, maka segeralah berjumpa dengan
doktor anda. Jika pemeriksaan hospital mendapati jantung anda sihat maka
segeralah datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah kami kerana mungkin
ada gangguan makhluk halus yang simtomnya hampir sama dengan masalah
jantung berlubang.
Rawatan moden
Sesetengah
kecacatan jantung adalah serius dan memerlukan rawatan segera selepas
mereka dikenal pasti. Bergantung kepada jenis kecacatan jantung, pihak
hospital boleh merawat kecacatan jantung kongenital dengan:
- Prosedur
menggunakan kateter. Sesetengah kanak-kanak dan orang dewasa yang
mempunyai kecacatan jantung kongenital boleh diperbaiki dengan
menggunakan teknik “catheterization”, yang membolehkan pembaikan
dilakukan tanpa pembedahan membuka dada dan jantung
- Pembedahan
terbuka jantung (Open Heart Surgery). Dalam beberapa kes, doktor anak
anda tidak akan dapat menetapkan kecacatan jantung anak anda menggunakan
prosedur kateter. Dalam kes ini, doktor anak anda akan melakukan
pembedahan terbuka untuk mencuba membaiki kecacatan jantung anak anda.
Pembedahan ini adalah prosedur perubatan utama dan mungkin memerlukan
masa pemulihan yang panjang untuk anak anda
- Pemindahan
jantung (Heart Transplant). Jika kecacatan jantung yang serius dan
tidak boleh dibaiki, pemindahan jantung mungkin menjadi pilihan
- Ubat-ubatan.
Sesetengah kecacatan kongenital jantung ringan, terutamanya mereka yang
diusia kanak-kanak atau dewasa, boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang
membantu jantung bekerja dengan lebih cekap.
Kepada semua pesakit jantung berlubang, janganlah berputus asa dalam
mencari cara dan berikhtiar untuk merawat penyakit jantung. Janganlah
menganggap penyakit jantung berlubang itu tidak dapat lagi diubati dan
hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan
datang bagi mereka yang mencarinya.
"Kami menurunkan dari Al Quran itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.." - Al-Israa' : 82
Pengambilan BORA TONIK MUSTAJAB dapat membantu menguatkan sistem jantung dan memulihkan tenaga dalam badan.Saya saranka minum 1 penutp pagi dan satu penutup petang