Anak kecil mengalami masalah Jantung Berlubang

Assalamualaikum. Saya xxxxxx dan saya baru mendapat cahaya mata yang pertama. Anak saya baru berumur 2 tahun dan telah dikenalpasti oleh pihak hospital mengalami masalah jantung berlubang. Lubang itu hanya 2 millimetre (mm) di antara dinding kanan dan kiri di bahagian bawah jantung. Setiap kali anak saya menangis, kuku jari kakinya menjadi biru. Pihak hospital mencadangkan pembedahan. Sebelum saya membuat keputusan untuk anak saya dibedah, saya ingin bertanya bolehkah saya mencuba rawatan Al-Quran untuk menyembuhkan penyakit anak saya ini? Terima kasih.

Jawapan:

Untuk kita memahami masalah penyakit jantung berlubang, biarlah saya terangkan dahulu secara umum berkenaan dengan organ jantung kita. Jantung merupakan organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan. Ia dibahagikan kepada 4 ruang berongga. Terdapat dinding yang memisahkan antara ruang kanan dan ruang kiri yang dipanggil septum. Setiap bahagian mempunyai 2 ruang dikenali sebagai atrium di bahagian atas dan 2 ruang dipanggil ventrikel di bahagian bawah.
Dinding septum mengasingkan darah dari bahagian kanan dan kiri jantung dari bercampur. Ini penting kerana darah di sebelah kiri kaya dengan oksigen sementara darah di ruang sebelah kanan pula kurang oksigen. Jika terdapat lubang pada dinding septum, ini akan menyebabkan darah bercampur, dan darah yang dihantarkan kepada badan akan mempunyai oksigen yang kurang dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Berbalik kepada sakit yang dialami oleh bayi En Azhari, bayi itu mungkin mengalami penyakit jantung berlubang (Ventricular Septal Defect – VSD), atau secara amnya CHD (Congenital Heart Disease). Masalah ini berlaku apabila terdapat lubang atau kecacatan pada struktur jantung iaitu pada dinding dalaman jantung.
Banyak jenis kerosakan jantung berlaku, kebanyakannya sama ada menghalang aliran darah dalam jantung atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan. Antara kecacatan pada organ jantung yang mungkin boleh berlaku adalah:
  • Kecacatan atau lubang pada dinding jantung
  • Injap jantung bocor atau tersumbat
  • Terdapat hanya satu ventrikel sahaja
  • Saluran darah yang bersambung secara abnormal
  • Jantung terletak di bahagian kanan dada

 

Jenis Penyakit Jantung Berlubang

Secara umumnya, penyakit jantung berlubang terbahagi kepada 2 jenis iaitu VSD dan ASD seperti dibawah:
ASD (Atrial Septal Defect)
Satu keadaan di mana terdapat lubang antara atrium, menyebabkan oksigen dari bahagian kiri jantung masuk semula ke bahagian kanan. Oleh itu bilik jantung bahagian kanan terpaksa mengepam dengan lebih kuat yang mengakibatkan ia bengkak. Apabila pengaliran darah ke paru-paru menjadi bengkak, tekanannya meningkat dan merosakkan paru-paru. Ia juga dikenali sebagai sakit jantung tidak biru (acyanostic congenital heart diseases).
   
VSD (Ventricular Septal Defect)
Dikenali juga sebagai sakit jantung biru (cynostic congenital heart disease). Biasanya berlaku dikalangan bayi apabila terdapat lubang pada dinding (septum) bahagian bawah yang menyebabkan darah yang mengandungi oksigen dari bahagian kiri masuk ke bahagian kanan. Darah yang berlebihan ini kemudiannya dipam semula ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan kerosakkan pada paru-paru dan jantung itu sendiri.
Statistik
Menurut Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, satu dalam setiap 100 bayi yang lahir di negara ini berkemungkinan mengalami masalah jantung. Dengan purata 500,000 kelahiran setiap tahun, dianggarkan 5,000 bayi di Malaysia berisiko menderita sakit jantung kongenital setiap tahun.
Dari jumlah ini:
  • 8 - 13% menghidap septum atrium berlubang (ASD)
  • 6 - 11% menghidap duktus arteriosus terbuka (PDA)
  • 20 - 25% menghidap septum ventrikel berlubang (VSD)
Secara global pula, insiden penyakit jantung kongenital di kalangan bayi yang baru dilahirkan berlaku antara 4 hingga 9 bagi setiap 1,000 kelahiran. Justeru setiap tahun, terdapat hingga 1.5 juta kes seluruh dunia.

Punca-punca

Dunia perubatan moden masih tidak tahu mengapa kecacatan jantung kongenital boleh berlaku. Keturunan mungkin memainkan peranan dalam beberapa kecacatan jantung. Sebagai contoh, ibu bapa yang mempunyai kecacatan jantung kongenital adalah lebih berisiko daripada orang lain untuk mempunyai kanak-kanak dengan masalah ini.
Selain dari itu, kanak-kanak dengan kecacatan genetik sering mempunyai kecacatan jantung kongenital. Salah satu contoh ini adalah sindrom Down dimana separuh daripada semua bayi dengan sindrom Down mempunyai kecacatan jantung kongenital.
Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat anak-anak yang mengidap penyakit jantung berlubang, terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya gangguan saka yang boleh menyebabkan masalah genetik. Gangguan saka ini selalunya diwarisi melalui keturunan daripada keluarga yang terdahulu di mana makhluk-makhluk halus ini kadangkala boleh menjejaskan sel badan pesakit.  
Tanda-tanda awal Penyakit Jantung Berlubang
Kebanyakan kes yang melibatkan kanak-kanak dapat dikesan sebaik kelahiran dan ada yang tidak menunjukan sebarang tanda. Ini adalah bergantung pada saiz lubang dan semakin besar lubang maka tanda-tanda akan menjadi lebih jelas. Keadaan ini boleh mempunyai beberapa gejala, seperti di bawah:
  • Pernafasan dan pergerakan nadi yang laju
  • Berat badan yang tidak bertambah dan tidak sihat seperti kanak-kanak lain
  • Kelainan pada degupan jantung atau denyutan jantung yang laju
  • Tidak boleh menyusu, banyak berpeluh dan bernafas kencang
  • Keletihan melampau atau bernafas kencang semasa makan/menyusu.
  • Lebam-lebam biru pada kulit (sianosis).
Biasanya lubang-lubang kecil dan sederhana akan tertutup dengan sendirinya, namun begitu ada juga kes-kes kecacatan ringan yang tidak menyebabkan apa-apa masalah dan sebarang tanda sehinggalah di kemudian hari. Bagi orang dewasa yang mengalami rasa berdebar-debar (heart palpitation), iaitu degupan jantung menjadi kuat atau cepat tanpa sebab bukan kerana takut, penat, marah atau sebagainya, maka segeralah berjumpa dengan doktor anda. Jika pemeriksaan hospital mendapati jantung anda sihat maka segeralah datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah kami kerana mungkin ada gangguan makhluk halus yang simtomnya hampir sama dengan masalah jantung berlubang.

Rawatan moden

Sesetengah kecacatan jantung adalah serius dan memerlukan rawatan segera selepas mereka dikenal pasti.  Bergantung kepada jenis kecacatan jantung, pihak hospital boleh merawat kecacatan jantung kongenital dengan:
  • Prosedur menggunakan kateter. Sesetengah kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai kecacatan jantung kongenital boleh diperbaiki dengan menggunakan teknik “catheterization”, yang membolehkan pembaikan dilakukan tanpa pembedahan membuka dada dan jantung
  • Pembedahan terbuka jantung (Open Heart Surgery). Dalam beberapa kes, doktor anak anda tidak akan dapat menetapkan kecacatan jantung anak anda menggunakan prosedur kateter. Dalam kes ini, doktor anak anda akan melakukan pembedahan terbuka untuk mencuba membaiki kecacatan jantung anak anda. Pembedahan ini adalah prosedur perubatan utama dan mungkin memerlukan masa pemulihan yang panjang untuk anak anda
  • Pemindahan jantung (Heart Transplant). Jika kecacatan jantung yang serius dan tidak boleh dibaiki, pemindahan jantung mungkin menjadi pilihan
  • Ubat-ubatan. Sesetengah kecacatan kongenital jantung ringan, terutamanya mereka yang diusia kanak-kanak atau dewasa, boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang membantu jantung bekerja dengan lebih cekap.

Kepada semua pesakit jantung berlubang, janganlah berputus asa dalam mencari cara dan berikhtiar untuk merawat penyakit jantung. Janganlah menganggap penyakit jantung berlubang itu tidak dapat lagi diubati dan hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.

"Kami menurunkan dari Al Quran itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.." - Al-Israa' : 82


Pengambilan BORA TONIK MUSTAJAB dapat membantu menguatkan sistem jantung dan memulihkan tenaga dalam badan.Saya saranka minum 1 penutp pagi dan satu penutup petang

No comments:

Post a Comment